Hari Kelepasan Am Negeri Perak 2019
KELEPASAN AM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN TAHUN 2019
Hari-hari Kelepasan Am bagi Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2019 adalah ditetapkan seperti berikut :
| Hari-Hari Kelepasan Am Negeri | ||||
| i) | Tahun Baru 2019 | 1 Januari | 2019 | Selasa |
| ii) | Hari Thaipusam | 21 Januari |
2019 | Isnin |
| iii) | Hari Nuzul Al-Quran | 22 Mei |
2019 | Rabu |
| iv) | Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan | 1 November | 2019 | Jumaat |
| Hari-Hari Kelepasan Am Persekutuan | ||||
| i) | Tahun Baru Cina (2 hari) |
5 dan 6 Februari | 2019 | Selasa - Rabu |
| ii) | Hari Pekerja | 1 Mei | 2019 | Rabu |
| iii) | Hari Wesak | 19 Mei | 2019 | Ahad |
| iv) | Hari Raya Puasa (*) (2 hari) |
5 dan 6 Jun | 2019 | Rabu - Khamis |
| v) | Hari Raya Qurban (*) | 11 Ogos | 2019 | Ahad |
| vi) | Hari Kebangsaan | 31 Ogos |
2019 | Sabtu |
| vii) | Awal Muharram (Maal Hijrah) | 1 September | 2019 | Ahad |
| viii) | Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong | 9 September | 2019 | Isnin |
| ix) | Hari Malaysia | 16 September | 2019 | Isnin |
| x) | Hari Deepavali (*) | 27 Oktober | 2019 | Ahad |
| xi) | Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul) | 9 November |
2019 | Sabtu |
| xii) | Hari Krismas | 25 Disember | 2019 | Rabu |
Catatan :
(*) Tertakluk kepada perubahan
Peringatan :
1. Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am, dan jika hari sedemikian adalah sememangnya hari kelepasan am maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am.
2. Jika Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.

Jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pengurusan) disandang oleh YBhg. Dato' Nor Sham Binti Rahman. Beliau berkelulusan L.L.B. (HONS) (UIA) dan D.P.A. (INTAN). Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan pada 15 September 1997 sebagai Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Dan Profesional, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak disandang oleh YB Dato Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim. Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 15 Januari 1996 dan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.